pengikut smiLe

Sunday, October 30, 2011

.:: i memerlukan u ::.

betul ke 'I' penting untuk 'U'?
ni buktinya...

macamana nak tulis C_NTA kalau 'U' takde 'I'?
macamana nak tulis R_NDU kalau 'U' takde 'I'?
macamana nak tulis M_SS kalau 'U' takde 'I'?
macamana nak tulis BENC_ kalau 'U' takde 'I'?

jadi...'U' dah tau betapa pentingnya 'U' dalam hidup 'I'?
jadi..'U' jagalah 'I' dengan baik bila 'I' ada disamping 'U'...

i love u...

Saturday, October 29, 2011

.:: ciuman mengikut zodiak ::.

Berdasarkan zodiak tenyata juga di pengaruhi oleh karakteristik masing-masing dari zodiak yang di miliki oleh seseorang. 

Aquarius
Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.  

Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow... berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda.

Capricon
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang- orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!

Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.

Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus... terus... dan terus.

Gemini
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!

Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.

Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Sagitarius
Hmmm... berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan... mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.

Friday, October 28, 2011

.:: sabarlah wahai hati ::.


Sentiasa
Akur
Bahawa 
Ada
Rahmat

entah kenapa semalam kesabaranku diuji lagi tapi taklah seteruk sebelumnya...sangat mudah untuk aku hilang sabar sekarang ni.setiap kata yang dia lontarkan begitu mudah aku membalasnya..benarlah kata pepatah 'sabar itu ada batasnya'.selama mana hati seseorang itu boleh bersabar??makin ku diam makin menjadi jadi dia ni..mujurlah aku punya sahabat yang memahami...sabar kak..sabar..satu perkataan yg membuatkan aku sejuk seketika...sekali,dua kali(rasanya dah banyak kali) aku buat tak peduli je dengan kata-kata dia tu..makin lama makin lancang plak mulut dia berkata-kata...ahhh tak guna la dia ni...layan buang masa,tak dilayan menjadi-jadi...seterusnya yg terjadi biarlah waktu yg menentukannya...

jaga mulut kalau ingin jaga maruah..aku melepaskan apa yang berbuku di benak walau tidak semua itu aku lepaskan.perasaan itu benar-benar menikam dan aku hampir-hampir mati..aku lemah,tak kuat.walau hati ini memberontak kuat...aku luah apa yang aku rasa kerana tiada siapa yang akan peduli..dah lama aku pendam. banyak perkara yang aku perhatikan..bukan ingin menunding jari, mahupun terasa hati, namun aku tahu siapa yang bermuka talam dan punya cabangan lidah yang benar-benar buat aku meninggi emosi..andai bercakap perihal hak masing-masing,sampai mati pun tidak akan berkesudahan..chowww.....

tetap tertawa walau sebenarnya aku ingin menangis...
tetap tersenyum walau sebenarnya aku kecewa...
tetap kuat walau sebenarnya aku tak sanggup lagi...
tetap semangat walau sebenarnya aku tertekan oleh masalah...
dan yg terpenting tetap sabar & memandang segalanya baik saja...
walau sebenarnya hatiku lemah...

* dia:badak raksasa ketiak

p/s: sabar itu pasti ada hikmahnya...sabarlah wahai hati...

Wednesday, October 26, 2011

.:: perlu ke berahsia dgn pasangan? ::.



Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?

Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh...ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya.

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?

Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok?

Saturday, October 22, 2011

.:: aku & facebook ::.

selamat hujung minggu...

bosan...sekejap baring,sekejap duduk...penat baring aku jalan-jalan,penat duduk aku berdiri.tak tau nak buat ape..bosan yang amat sangat.tv takde cerita best plak tu..mastika yang aku pegang dari tadi pun tak lalu aku nak baca walaupun tajuk didalamnya menarik..si comel adam plak sedang nyenyak tidur..huhhh,,,mati kutu...

bosannyer...
kejap-kejap pandang handphone...senyap je tak berbunyi-bunyi...selalu time nak tidur macam ni tak henti-henti berbunyi tapi hari ni senyap je..sibuk agaknya.dah rindu nanti sma la agaknya..fikirku..mmm on facebook la hilangkan bosan..nak tau apa cerita kawan-kawanku.dah jarang aku online sekarang ni,sure banyak cerita diaorang yang aku terlepas...

aku pun on pc dan menunggu seketika..jenggg...sekarang aku sudah berada di laman muka buku...ada pesanan di inbox..mmm malaslah nak balas...dan beberapa notifications..ada yang bagi komen kat status aku..malas juga la nak komen,biarkan je la...dah bosan ape pun tak bolehhh..huhhh tengah aku melihat-lihat tetiba ada rakan fb bagi salam kat chatting box,,aduyaiii camne la boleh lupa nak hidekan chatting box ni..aku kalau boleh tak nak orang tau yang aku ni tengah online..bukan ape,malas nak layan soalan yang remah-remah ni..balik-balik tanya "ngah wtpe?" "sihat ke?" "arini g mana?" ahhh bosan aku nak layan soalan-soalan camni...

kadang-kadang terfikir juga aku nak remove je orang-orang yang aku tak kenal ni,tapi apakan daya aku ni jenis yang menghargai orang...seingat aku aku,aku cuma add kat orang-orang yang aku kenal je tapi tau tau je dah dekat 2 ribu kawan kat fb aku ni..dulu aku remove sampai lebih 3 ratus orang..ruginya rasa...bak kata orang kawan biarlah beribu,berkasih biarlah satu...hahaha...memang betul pun pepatah tu..masih diguna pakai sampai hari ini..kekadang kawan yang ramai ni menyemakkan juga..kalu dulu aku lebih suka buat hidden request,biarkan je tak payah approve orang-orang yang aku tak kenal tapi sekarang mudah plak aku approve...aku pun tak tau kenapa..lama-lama bosan plak..buka ape banyak sangat yang send game request kat aku...buat sesak je kat fb aku ni..huhhh

ahhh...malas la nak tulis panjang-panjang kat sini,wat serabut kepala otak aku je yang dah tersedia serabut ni...dah ok nanti aku sambung lagi..nanti tu ntah bila,jarang da aku nak bukak blog ni... >,< huaaaa....jumpa lagi di entry akan datang.... salam.....


Saturday, October 15, 2011

.:: hatiku milikmu ::.


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini