pengikut smiLe

Thursday, March 31, 2011

.:: Dia ::.

Sayunya hati...sayu sangat...
tidak percayakah dia padaku??
sedangkan niat dihatiku cuma satu...
yang mungkin dia tak tau...
tapi hanya Allah yang maha mengetahui...
setiap niat hambaNya...

:'(

.:: Allah mengetahui apa terbaik utk kita ::.

Menangis air mata darah sekali pun *ayat typical* benda dah nak jadi :'(
tanya diri sendiri adakah kau layak menerima ini?
dugaanNya datang bertimpa timpa...

Tetapi kenapa mesti aku?
mulalah kau nak salahkan takdir...
mulalah bermonolog "kenapa harus aku yang selalu diuji begini? kenapa? 
sambil air rintihan mengalir tapi bukan di mata namun di hati...

Tapi kenapa bukan di mata?
kerana kau sudah alah bisa tegar biasa...tak gitu..?? 
kau sudah kalis dengan semua ini...
nak merintih pun hanyalah di hati...
tak terucap kerana sudah diuji berulang kali...
Adakah kau putus asa? :'(
ingat !! ingat !!
Allah takkan menguji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menggalas beban ujian ini...

Arghhhhh! baruku sedar diri ini sangat berdosa...
kalau dilihat bahu sebelah kiri sudah senget sebelah sehingga mahu menyembah bumi...
kerana apa..??kerana dosa yang terlalu banyak...


May ALLAH forgive me.

Wednesday, March 30, 2011

.:: Tak sempurna ::.

Salam bunga-bunga cinta...


Bila ada yang tak sempurna kita kutukkan??
eh..buruknya,,,,hodohnya,,,,. :)
kan??kan??
kenapa nak kutuk,kalau diri sendiri tak sempurna???
kan..??

aku bukan mencari yang sempurna...
tapi aku nak cari yang terbaik dalam hidupku...
aku sedar aku tak secantik Siti Balqis...
tak setulus macam Siti Zulaikha...
tak sekuat Siti Hajar...&
tak sebaik macam Siti Khadijah...

Tapi...
aku Noorashikin Ibrahim...
ingin menjadi yang terbaik...
walaupun aku sedar aku banyak kekurangan... 
aku berusaha untuk menjadi yang terbaik... 

Namun......
aku minta maaf andainya... 
aku tak cukup sempurna dimatamu...
aku harus menjadi diri sendiri sebab aku sedar siapa diriku...
aku bersyukur walaupun aku tak sempurna
tapi aku terbaikkk kan...??

~semoga setiap kebahagiaan itu adalah milikku yg abadi...:)

Tuesday, March 29, 2011

.:: Rindu ::.


hurmmm...
aku rindu laa...
rindu berbicara dengan kamu..
rindu bergurau dengan kamu....
rindu bergaduh dengan kamu....
rindu merajuk dengan kamu....
rindu dipujuk oleh kamu....
rindu memujuk kamu.........
rindu mendengar nasihat kamu...
rindu dimarahi kamu....
rindu berkongsi cerita dengan kamu....
rindu meluahkan rasa sedih dengan kamu...

hurmm...
aku rindu segala-galanya tentang kamu...
kamu...?????


d[-,-]b

Monday, March 28, 2011

.:: Menangis dalam diam ::.

Aku menangis dalam diam...
bertemankan air mata...
mendakap hati yang perih...

Aku menangis dalam diam...
bertemankan gelap gelita...
mendakap jiwa yang rapuh...

Aku menangis dalam diam...
bertemankan alunan nada...
mendakap melodi yang kelam...

Aku menangis dalam diam...
bertemankan kertas usang...
mendakap untaian kata...


-i just write what i want to write..i write what amuses me...it's totally 4 my self..

Saturday, March 26, 2011

.:: Berserah ::.

Salam utk bunga-bunga cintaku...♥♥♥


Ya Allah...
jika benar dia untukku...dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
jika dia bukan milikku...damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...


-cintailah cinta-♥♥