pengikut smiLe

Wednesday, July 28, 2010

Rindu

hurmmm...
aku rindu laa...
rindu berbicara dengan kamu..
rindu bergurau dengan kamu....
rindu bergaduh dengan kamu....
rindu merajuk dengan kamu....
rindu dipujuk oleh kamu....
rindu memujukmu.........
rindu mendengar nasihat kamu...
rindu dimarahi kamu....
rindu ditipu kamu...
rindu menipu kamu....
rindu bekongsi cerita....
rindu meluahkan rasa sedih...

hurmm...
aku rindu segala2nye ttg kamu...
tapi kamu..??
pagar kalau x de tiang...
bukan pagar namanyer...
akan rebah....
hati sekuat mana pun...
akan lemah jugak....
hati yg terbuka...
akan tertutup jgk...
manis x kan selamanyer....
tawar dan pahit silih berganti...
Ya Allah...aku x penah rasa mcm ni..
ni ke namanya dewasa?

(^,^)
hoping is useless...

Tuesday, July 27, 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Ini adalah tema Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang bermula hari ini.Tema itu dipilih memandangkan umat Islam kini semakin alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi kewajipan sesama muslim untuk saling mengingati dan mempereratkan lagi hubungan supaya setiap ancaman serta tohmahan dapat diatasi.Seramai 76 peserta dari 47 buah negara yg mengambil bahagian.Jangan lupa saksikan para peserta memperdengarkan bacaan masing2...lain negara lain mutu bacaan yang akan disampaikan...

How To Begin



Assalamualaikum....


Hari ni...tiada ape2 yg spesel..
aku tetap macam nie...bler da sorang2...penat nak melayan..
bukan melayan ape...melayan perasaan....
aku x tau la kenape sejak akhir2 ni...aku terlalu melayan sangat
feeling aku nie....♥♥

aku nak hidup tenang....
chaiyok2 sheQien...u can do it!!!

Sunday, July 25, 2010

Banci penduduk dan perumahan 2010

Tadi ada orang datang rumah buat banci penduduk...ingatkan tak ada yang nak datang...ingatkan orang yang datang tuk buat bancian tu cam 2 3 orang pergi satu rumah tapi sorang je...yang datang rumah pun lelaki...nak kata hensem tu,boleh tahan juga la...bakal cikgu..hehehe...sebelum dia tanya kita macam2 aku tanya dia dulu..hehehe...mesra alam katakan....patutnya diorang ni buat jadual bila diorang nak datang rumah supaya orang tak la tertunggu-tunggu atau pun usaha mereka jadi sia-sia...bukan semua orang ada kat rumah setiap masa...jadi bila ada jadual senang la orang nak atur...kalau ada pun tapi bibik,,,boleh ke dia nak jawab soalan-soalan yang mencabar seperti pendapatan isi rumah ;p...gila ah bibik tau gaji bos berapa kan...boleh la demand gaji diorang pulak lepas tu...dan bila jadual tu da edar kat kawasan perumahan tu,,,macam selamat lah sikit sebab memang orang banci yang akan datang...sekarang ni logik je kalau ada yang ambil kesempatan nak menipu kan...jadi berhati-hati lah...

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama…

Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Friday, July 23, 2010

10 Perkara Bukti Lelaki Itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Wednesday, July 21, 2010

Miss My Sis


Ntah kenapa terasa rindu plak ngan adik aku sorang nie♥♥...tiba-tiba je otak aku teringatkan dia...walaupun jauh dr pandangan mata aku,aku harap dia sihat n ceria2 selalu...bila ada depan mata asyik nak gaduh je tapi bila dah jauh rindu-rinduan plak...biasala kan...lumrah hidup...bila ada depan mata wat tak tau je,bila dah tak de mencari... :)) bila la kita dapat bertemu ye ipotz...hehehe..jaga diri hiasi peribadimu wahai adikku,tak kira walau dimana dikau berada...

Friday, July 16, 2010

Terlepas sudaaa


Hari ni aku boleh terlepas plak nak tengok imam muda....aduyaiiii syiok sangat tengok drama gerak khas sampai terlupa program imam muda...sepatutnye imam muda nie tak payah la ada penyingkiran kan?????para peserta harus la diberi peluang sampai program nie habis...then baru la cari yang terbaik...walaupun diaorang nie muda2 belaka.. =)

Thursday, July 15, 2010

Sedihnye


Hari nie aku dpt berita yang menyedihkan...teman sebelahku dimasukkan kehospital pagi tadi...hhmmm...aku pun tak pasti apa penyakitnya..baru semalam gelak2 bersama tup2 hari ni dia dah terlantar di katil hospital...aduyaiiii...4 botol air di masukkan dalam tubuhnya..mak ai..sakit tuuu...aku harap temanku akan pulih dan sihat seperti sediakala...walaupun baru semalam kita bersuka ria tapi hari ini,esok lusa kita tak tau apa yang terjadi pada kita...ku doakan kau cepat sembuh wahai teman.... :(

Wednesday, July 14, 2010

Kakak Comel


..."kak comel,kak comel tolong tengokan kerusi tu nombor berapa...kak comellll"...tolong la tengokan...tapi aku wat dek je..sape kakak comel??aku??haha nak tergelak aku bila ada org panggil aku kak comel...aku bertanya balik padanya..."kenapa panggil kakak comel??...jawabnya padaku..."muka kakak nampak comel sbb tu saya panggil kak comel..knp?kakak tak suka ke??"..tak la,kakak suka jawabku...hehehe...comel ke aku ni??kahkahkah....masa bdk2 tak kisah la dipanggil bdk comel,tp bila dah besar ni mcm malu plak...biasanya comel kan utk bdk2...ape2 pn aku BANGGA MENJADI DIRI AKU SENDIRI..

Monday, July 12, 2010

My Life


Hidup ibarat roda...kadangkala kita di atas kadangkala kita di bawah...kadangkala jg ditengah2...hhmmm...life aku simple je..sama juga mcm org lain..hanya yang aku mau hanyalah ketenangan & kedamaian dalam hidup aku..life must go on..percaya pd diri sendiri...bahawa Shikin boleh...