pengikut smiLe

Monday, November 28, 2011

enam puluh dua...


selamat hari lahir ke-62 untuk abah tersayang,Ibrahim bin Rostam.Semoga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,beroleh kesihatan yg baik dan bertambah bahagia bersama emakku...

sepi...


kenapa kau datang lagi..
kenapa kau muncul lagi dalam hidupku..
adakah kerana kau amat merindui aku..
aku faham sepi..
bagaimana perasaannya bila kita merindui seseorang..
bagaimana pilunya hati dan sunyinya jiwa...
bagaimana rasanya bila kita kehilangan
sesuatu yang kita cintai dan sayangi

sepi..
kini kau punyai aku..
kau ambillah hatiku..
kau bentukkanlah jiwaku...
aku tak ingin hati ini lagi..
aku tak ingin jiwa ini lagi..
aku tak mahu apa-apa..

sepi...
kenapa kini baru engkau hadir..
mengapa tidak dahulu,.,,
mengapa kau tinggalkan aku dahulu..
mengapa sepi...
kerana engkau tinggalkan aku dahulu..
maka terjadilah ia seperti ini.
         
sepi...
andai dulu kau bersama aku..
maka tidak ada hati ini untuknya...
tapi kini hati ini telah mati untuknya..
hati ini telah dikunci olehnya..
hati ini amat mencintainya.

sepi..
aku menangis lagi sepi..
aku rebah lagi sepi..
aku tidak mahu hidup dalam kegelapan ini sepi..
aku tidak mahu kesunyian ini sepi...

sepi...
ambillah hatiku..
ambillah jiwaku..
 ambillah jasadku..
aku serahkan segalanya padamu ...

Sunday, November 27, 2011

manusia tak sempurna...

Bila kita bersuara,orang kata kita melebih lebih..
Bila kita berdiam,orang pijak kepala kita..
Bila kita rajin, orang kata kita power,show off dan sebagainya..
Bila kita ada emergency,orang kata kita lari dari nak buat kerja..
Bila kita tanya,orang kata nak tak nak..
Bila kita tak tanya,orang kata kita tak amik kisah..
Bila kita bagi idea,orang kata kita memandai mandai..
Bila kita senyap,orang kata kita tak menyumbang..
Muhasabah lah sebab kita ni manusia,tak sempurna..

selamat tahun baru 1433H...

 SALAM AWAL MUHARAM 1433 HIJRAH
Semoga kita akan sentiasa diberkati dan mendapat rahmatNya...amin.

Malaysia vs Bahrain...

selamanya...
Jentera serangan skuad Olimpik negara menjadi tumpuan utama jutaan rakyat Malaysia bagi memburu gol kemenangan diStadium Bukit Jalil malam ni.Malah ini adalah detik terbaik kepada barisan penyerang negara membuktikan kemampuan selepas dikritik pelbagai pihak kerana kegagalan meledak gol pada Sukan Sea Indonesia dan bertemu Syria Rabu lalu.
Situasi memang sukar untuk skuad negara akibat kecederaan beberapa tonggak utama yg sering menjadi sandaran menjaringkan gol.Skuad Olimpik negara dan Bahrain perlu menang bagi memburu sekurang kurangnya tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia.

Saturday, November 26, 2011

kahwin sana sini...

selamat pengantin baru pada kawan-kawanku yang telah selamat melangsungkan perkahwinan...semoga kekal hingga akhir hayat...

Friday, November 25, 2011

cahaya...


yeehaaa....


aku happy.....
aku dah jumpa....
doakan yg terbaik untuk aku.....
InsyaAllah.....

Wednesday, November 23, 2011

akan datang...

Perancangan manusia, 
terlalu banyak yang ingin dirancang,
terlalu banyak yang ingin dilaksanakan, 
terlalu banyak yang ingin dicapai...

tapi sejauh mana kita mampu lakukan, 
pohon padaNYA, 
agar diberi kekuatan dan terus berusaha,  
untuk terus berjuang dijalanNYA...
 
moga apa yang dirancang, dapat membawa kita lebih dekat padaNYA dan mendapat keredhaanNYA...

dan setiap perancangan itu, hanyalah daripada hamba yang pada hakikatnya lemah dan banyak kekurangannya... Dan perancanganNYA jualah yang terbaik buat kita semua...


Kepada semua sahabat, terima kasih atas segalaanya dan maaf atas kesalahan yang pernah menimbulkan sakit di hati...

Tuesday, November 22, 2011

tahniah Malaysia...

Inilah tanah tumpahnya darahku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
Belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang......
terbaik..
Bangga...
Sebab bukan saja dapat pingat emas tapi buktikan rakyat Malaysia punya semangat yang luar biasa!!Satu semangat yang memang sangat mengagumkan..berdepan lebih 100 ribu penyokong,Harimau Malaya berjaya menutup mulut penyokong Garuda  dengan membuktikan kita lebih baik dari mereka dari segala segi terutama dari segi MENTAL !

Monday, November 21, 2011

harimau baham garuda...

malaysia vs indonesia



Keep it up kepada pemain harimau muda dan jangan tempatkan diri anda di keadaan yang selesa kerana perjuangan masih belum selesai…

hanya mampu merancang...

Perjalanan hidup kita ini tak selalunya indah.Ada masa ceria ada masa duka.Tidak semestinya apa yang kita idamkan akan menjadi kenyataan.Mungkin kita pernah merancang sesuatu dengan teliti dan perjalanan rancangan itu berlansung dengan jayanya dan hasilnya kita berjaya mencapai apa yang kita kehendaki itu.

Namun sebaliknya pula mungkin apa yang kita inginkan tidak berlaku seperti yang kita rancangkan.Bukankah ALLAH itu MAHA MENENTU? Kita munkin perencana yang bagus.Tapi PENENTU yang begitu Berkuasa itu bukan kita. Dan kita hanyalah hamba......Setiap dari jalan hidup yang kita lalui ini hanyalah ihsan dari YANG MAHA MENENTU itu.

Apa yang kita perlukan untuk mengatasi kekecewaan hasil dari rencana kita yang telah gagal itu? KESABARAN DAN RASA SYUKUR dengan apa yang telah berlaku.Sudah pasti ada hikmah disebalik segala ketentuannya......Siapa tahu????? Akan terlahir lebih banyak kebaikan dari bala yang telah ditimpakan ke atas kita.Dan kita akan dimasukkan ke dalam golongan orang orang yang tahu bersyukur!!!!

Jadi jalanilah hidup anda dengan penuh kebahagiaan walaupun kita mungkin telah ditimpa musibah.Perbaiki diri tambahkan amal panjatkan kesyukuran dan tabahkanlah hati menghadapi segala dugaan....

Semoga anda akan pasti menikmati kemanisan di hujung hidup yang penuh dugaan ini.....kerana HIDUP KITA YANG RANCANG ALLAH TENTUKAN......

Saturday, November 19, 2011

tahniah harimau muda!!selangkah lagi..

 
terbaik!!!
Mengaum lapar sang SINGA UTARA,
sang KENARI terbang membelah awan,
gagah SELADANG ibarat badang,
laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
tanduk sang RUSA kerana perkasa,
bisa SI JENGKING bukan kepalang,
lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH kalau di usik,
lalu sang BADAK gerun melanda,
kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan,
TERUSKAN AMUKAN HARIMAU!!!!!!!!!
Harapnya final nanti Malaysia akan bertemu sekali lagi dengan Indonesia..baru betul final kan? Baru best tengok..tak naklah menang pingat emas dengan ‘mudah’..biar ada keringat jantan mengalir setiap saat tak kira pada pemain atau pun penonton di Malaysia..baru puashati tengok bola...
 

.:: kadang² sikap dengki/irihati itu perlu ::.

Kalau ada kawan² korang tetiba jerk pakai kereta walaupun pun belum setahun bekerja,ape korang rase?Dah tu siap tukar fon baru,pakai i-phone yg harga dia mejangkau 4 angka,tak terperanjat ke?tetiba je gaji dia naik 2x dalam setahun.Bohonglah kalau korang kata tak irihati bila tgk ada org lain lebih kan? mungkin ada yg cakap dah  rezeki dia kan,nak wat camner? betul memg itu rezeki dia tapi takkan takde sedikit perasaan jeles @ dengki kat dia mesti ada punya walaupun sekecil zarah kan?

Aku confirm korang mesti nak jugak cam tu kan?sifat lawan-melawan sape lagi hebat tu memang akan timbul lebih² lagi perempuan..tapi kena ingat ade baik ade buruknya Okey..kadang² bila rasa dengki yg meluap sgt sampai ada yg sanggup memfitnah memburukkan individu tersebut,tak payah pandang jauh sgt, sekeliling anda mesti ade punya.Ada tu cara paling jahil sekali guna cara halus apabila perasaan hasat dengki tu tak dapat dibendung lagi.

Kalaulah boleh berfikir secara waras dan guna otak paling kanan sekali kenapa sifat sebegitu tidak di pandang dari sudut yg positif, kan lebih elok.Sentiasa amalkan kehidupan yg sihat, jiwa pun jadi tenang dan tak serabut.

Bagi aku sifat itu boleh diubah menjadi yg lebih baik. Contohnya bila bos selalu puji kawan ko, sebab prestasi keje dia sgt efisien.Ko pun boleh jadi seperti dia,tapi bukanlah cantas kerja dia tapi bekerja secara efisien seperti dia.Ambil dari sudut positif, InsyaAllah kehidupan akan lebih diberkati oleh Allah S.W.T

^_^

Kalau dipandang dari sudut dunia berblogging, mesti korang irihati tengok blog yuyu zulaikha dan cik epal kan? kan? sampai ada yg sanggup jadi anonymous punyalah dengki dan irihati kat blog diaorang sebabnya follower diaorang beribu-riban, tapi kenapa tak amik dari sudut yg positif dimana ko cuba pelajari dan perbaiki kelemahan diri,kaji semula,kenalpasti apa yg perlu diperbaiki,itukan lebih baik dari ko buang masa tak de kerja mencaci,memaki blog orang sesuka hati, apa yg ko dapat?tak dapat pape bukan?

Kalau nakkan sesuatu, berusahalah dgn titik peluh sendiri jgn kau berjaya dgn menjatuhkan org lain. sentiasa dengki dan irihati dgn kelebihan org lain memang kesenangan dan kebahagiaan yg kau miliki tidak lama.Kita kena percaya dgn rezeki yg Allah S.W.T berikan dan sentiasa bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan.

Friday, November 18, 2011

.:: kasih tiada penghujung ::.

yuhuuu,,,


Kekasih...
mengertilah dikau ada sekelumit rindu..
biarpun tiada dikau tahu..
sering diri dalam kerinduan..
menyapa cinta hati milikmu..
kerana kasih diberi bukan sedikit..
kasih yang ada untuk dikau bertakha disinggahsana..
namun, cinta memerlukan pengorbanan..
walau tahu akan kehilangan..
tiada diri alpa pada kenyataan..
takdir-Nya,sudah tertulis buat kita..
hanya seketika mengisi bahagia..
itu jua Anugerah-Nya..
kerana insan biasa, terleka dan terlena..
kasih itu tiada berpenghujung..
walau tamat riwayat hidup..
walau dihempas badai gelora..
cinta tetap hadir..
cinta itu bukan mainan..
rindu itu bukan gurauan..
kasih itu bukan tandingan..
serahkan pada yang berhak…

Monday, November 14, 2011

.:: rindu ::.


apa perasaan merindui seseorang ye?ajaib kan?tanpa kita sedari,kita selalu memikirnya… terbayang bayang dirinya..kita sedari…kita sentiasa ambil berat tentang dirinya… tanpa kita sedari…kita sentiasa memikirkannya.. tanpa kita sedari…kita selalu merinduinya… dan… tanpa kita sedari..dia begitu bermakna bagi kita..hanya sekadar HAI darinya.. membuat kita gembira… kini,kita telah merindui dia… menyanyangi dia… inikah dinamakan cinta???


rindu..aku rindu..

RINDU
Dikau datang lagi..
Menyapa segenap sanubari..
Dikala sepi mencengkam diri..

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati..

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku..

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku..
Membuaiku bagai ombak lalu..

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku..
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu..

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari..


* rindu adalah anugerah dari ALLAH,kini aku telah merasai anugerah itu..

Sunday, November 13, 2011

.:: tentang hati ::.

berdua bersatu...

 Pesan pada diri, jangan memberi HATI pada insan yang tak sudi..pada insan yang tak mengerti kerana sekali kita memberi selamanya dia di hati.Sekali kita dilukai sampai bila-bila tetap kita ingati.Pesan lagi pada diri,hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.
HATI,,,
perasaan ini hanya utk yang menyintai & menyayangi kita dengan seikhlas hati...

Saturday, November 12, 2011

.:: aku ingin mencintaiMU ::.

syukur...alhamdulillah...

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri...
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa...
entah mungkin kerana ku terlena...
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali...
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU...
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU...
 
aku ingin mencintaiMU...
setulusnya,sebenar-benar aku cinta...
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku...
aku ingin mendekatiMU selamanya...
sehina apapun diriku...
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi...

Saturday, November 5, 2011

.:: puasa hari arafah ::.

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

Allahu a’lam bisshawab..
——————————————————
[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.