pengikut smiLe

Sunday, August 29, 2010

31 Ogos


"31 Ogos bakal dtg lagi"
Merdeka,Merdeka,Merdeka..Laungan keramat bergema...!
Lipatan sejarah tercinta MALAYSIA bebas dari jajahan segala....
Wahai Anak² bangsa bukalah minda,kibarkan sayapmu kita terjah! Dunia Baru...,
Pupuklah semangat demi MALAYSIA negara kita tercinta......

MERDEKA!,MERDEKA!,MERDEKA!...Kibarkanlah bendera Malaysia di ceruk dunia demi sebuah NEGARA MALAYSIA,
Wahai anak bangsa sama2lah kita letakkan MALAYSIA dimercu DUNIA!.........


Selamat Hari Kebangsaan ke-53 !!

Sunday, August 15, 2010

1st Day

Hari nie dah masuk hari ke-5 umat Islam menyambut Ramadan...tapi hari nie adalah hari pertama aku berbuka puasa dengan family aku.Seronok juga dapat berbuka puasa ramai-ramai nie..cuma ada kurang lagi..2 orang adikku tak dapat berbuka bersama-sama kami.Ntah bila la kami dapat berbuka bersama-sama sebagai 1 family..rindu rasanya.

Apa-apa pun aku tetap enjoys dengan kehadiran kakaku,abg iparku & uncleku yg sudi berbuka puasa bersama-sama,tak lupa juga si cilik Sarah pun sibuk nak berbuka walaupun tak puasa..hehehe..

Wednesday, August 11, 2010

Hari Rabu Pertama


jumaat cari sabtu
nak tanya nampak ahad tak
agar ingatkan isnin bagitau
selasa supaya tak lupa
rabu dah puasa!
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak


Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431H,kita akan terbang selama 30hari ke atas permukaan haus dan lapar...para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat.Penerbangan ini bebas asap perselisihan.Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN..mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini..

~selamat berpuasa semua..(^,^)
jangan lupa niat puasa ye..

Monday, August 9, 2010

Tambah Rezeki,Erat Silaturahim Di Bulan Mulia


Bermula lusa,umat Islam di seluruh negara dijangka mula menjalankan tanggungjawab mereka menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa dan sememangnya Ramadan medan untuk membuktikan kemampuan diri menahan daripada makan & minum selain mengelak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa.

Begitupun,berpuasa di bulan mulia ini bukan bererti menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yg boleh membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari semata-mata,malah pengertiannya adalah lebih daripada itu.

Umat Islam sebenarnya juga dikehendaki menahan diri daripada menipu,mengeluarkan kata2 buruk atau sia-sia serta bertengkar atau bergaduh apatah lagi puasa adalah medan latihan terbaik dalam memupuk kesabaran,kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri sekaligus menyuburkan sikap murni dalam diri seseorang.

Umat Islam seharusnya membuktikan puasa pada Ramadan tidak hanya menjurus kepada menahan diri daripada lapar & dahaga semata-mata malah berusaha menggilap kembali hati yg pudar selain melumpuhkan nafsu hitam yg bertaktha dihati selama ini akibat godaan syaitan.

Malah,sabda Rasulullah SAW," Barang siapa yg mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yg lalu"..menguatkan lagi bahawa kedatangan bulan ini penuh keberkatan & kebaikan serta tidak seharusnya dipersia-siakan umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan amalan kebaikan..

~Ramadan ku tunggu kedatanganmu...(^,^)

Friday, August 6, 2010

Makna Cinta Dari Namaku

Hahahaha...nak tergelak la plak bila baca nie...ada betul & ada yang tak betul juga nie..baca boleh tapi percaya jgn 100%..k..

N : ..pemberi ciuman yang bagus juga
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
R : ..seorang yang lucu
A : ..seorang yang gila-gila
S : ..membuat orang tertawa
H : ..setia kepada yang satu
I : ..manis dan romatis
K : ..seorang yang hot
I : ..manis dan romantis
N : ..pemberi ciuman yang bagus juga

Monday, August 2, 2010

Nasihat

Hidup ini penuh dengan keinginan(nafsu)..
bagaimana kita boleh menahan ia dari bermain dalam hidup??
-bersikap sederhana dalam kehidupan
-jangan terlalu membazir
-berfikir dulu sebelum membuat pilihan
-jangan terburu-buru
dan yang paling penting ,fikir...adakah kehendak itu diizinkan dan berbaloi???

Sunday, August 1, 2010

Keyakinan

Aku mempunyai hobi yang pelik..aku suka pada kanak -kanak dan kadang-kala aku akan berkelakuan seperti umur sebaya dengan kanak-kanak..hahaha..tapi sebenarnya aku seorang yang garang...yang menjadi topic hari ini adalah aku suka melihat telatah kanak-kanak.Aku merasakan cukup terhibur dengan keletah mereka.Percaya atau tidak dari hobi yang pelik ini aku bagaikan belajar sesuatu .... tapi ia suatu anugerah...aku dapat merasakan kebahagiaan dan keyakinan yang penuh bila bersama dengan mereka ini dan aku tak pernah merasakan diri ini terkongkong sebab aku lepaskan perangai keanakan aku ketika bersama kanak-kanak.Cuba le jangan malu menjadi kanak -kanak..kita layan kanak-kanak hati kita terhibur.Ada orang rasa diri dah dewasa tak boleh buat itu dan ini.Tapi pada aku kenapa tak boleh??Aku bebas lakukan apa saja dengan kanak-kanak.Enjoy....sungguh pun begitu aku masih mengajar kanak-kanak tersebut erti family kasih sayang dan macam-macam la..Aku cukup terhibur...

Chayok2 sheQien do the best among the best~~!!u can do it..believe ur self..♥