pengikut smiLe

Monday, August 9, 2010

Tambah Rezeki,Erat Silaturahim Di Bulan Mulia


Bermula lusa,umat Islam di seluruh negara dijangka mula menjalankan tanggungjawab mereka menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa dan sememangnya Ramadan medan untuk membuktikan kemampuan diri menahan daripada makan & minum selain mengelak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa.

Begitupun,berpuasa di bulan mulia ini bukan bererti menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yg boleh membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari semata-mata,malah pengertiannya adalah lebih daripada itu.

Umat Islam sebenarnya juga dikehendaki menahan diri daripada menipu,mengeluarkan kata2 buruk atau sia-sia serta bertengkar atau bergaduh apatah lagi puasa adalah medan latihan terbaik dalam memupuk kesabaran,kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri sekaligus menyuburkan sikap murni dalam diri seseorang.

Umat Islam seharusnya membuktikan puasa pada Ramadan tidak hanya menjurus kepada menahan diri daripada lapar & dahaga semata-mata malah berusaha menggilap kembali hati yg pudar selain melumpuhkan nafsu hitam yg bertaktha dihati selama ini akibat godaan syaitan.

Malah,sabda Rasulullah SAW," Barang siapa yg mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yg lalu"..menguatkan lagi bahawa kedatangan bulan ini penuh keberkatan & kebaikan serta tidak seharusnya dipersia-siakan umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan amalan kebaikan..

~Ramadan ku tunggu kedatanganmu...(^,^)

3 comments:

Anonymous said...

slmt mnybt ramadan bah.

san ajak said...

sdrehhjfryur

san ajak said...

rhyytirdufetht