pengikut smiLe

Sunday, November 28, 2010

Selamat Hari Lahir Abah


hari ni 28 November,hari lahir abah...and today, abah is 61th.
HAPPY BIRTHDAY, abah..
Ekin doakan semoga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki.

saya tak pandai nk berkata2 atau menggubah bait2 ayat yg bleh menyentuh perasaan mcm sis,but all i can say is Ekin sayang Abah!!
n I cant imagine my life in this world without you. (translate ayat sis je)

utk abah,
takde hadiah yg plg mahal sekalipun kt dunia ni yang mampu utk membayar segala pengorbanan abah dlm hidup Ekin.Abah adelah HERO kami adik-beradik n Ekin tak akan sekali-kali lupa ape yg abah korbankan utk Ekin selama ni...yang sentiasa menyokong saya dan menghulurkan tangannye saat saya jatuh tersungkur...yang memimpin saya di kala saya jauh tersesat...yang menegur saya di waktu saya alpa...


.::abah, u are the best!!::.

Friday, November 5, 2010

Syukur

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa,aku lupa,aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.Adakalanya aku kurang kesabaran.Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.Namun dengan limpahan kasih sayangMu,Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku.Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar...


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Tuesday, November 2, 2010

PadaMu Aku Berserah

Salam...

Kenapa keadaan jadi macam ni ye? kenapa perlu sangat complicated.Padahal rasanya biasa-biasa saja..atau aku yang menjadikan ianya luar biasa?

penat...letih...buntu...

Rasanya perkataan tu yang sesuai kot...aku penat dah nak fikir.Aku letih nak ambil kisah pasal semua orang dan buntu untuk buat keputusan.

Entah betul atau tak keputusan yang aku buat ni...tapi rasanya dah fikirkan segala baik buruk, dah tengok semua dari sudut negatif dan positif,tapi cukup ke? entah la..hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Apa pun keputusannya, aku redha dan tabah untuk semua.Moga kekuatan ini terus bertahan selama yang boleh.Mohon Allah pinjamkan kekuatan dan ketabahan ini untuk satu tempoh yang panjang..ke akhir hayat, mungkin?

Sungguhlah yang hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa...kalau suka, sukalah jugak,kalau dah tak suka,tak sukalah rasanya.Tapi perasaan tu boleh di pupuk dan di kikis sikit-sikit kan? harap begitulah.

Kalau dah suka, berterus terang sajalah,dari terus memendam rasa yang cukup menyeksakan.Bukankah itu tak baik untuk hati sendiri? menderita dan merana di dalam tapi di luar nampak gembira dan ceria.Sampai bila mampu bertahan?

Apa juga yang berlaku, semuanya telah Allah takdirkan sejak azali.Kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik dan Allah telah memberikan kita peluang dalam hidup ini.Terpulang kepada kita untuk memilih.
Semestinya kita memilih untuk jadi yang terbaik kan? kerana kita adalah insan terpilih dan berjaya sejak dari mula lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu,aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui bahkan Engkau sangat mengetahui segala perkara ghaib..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku,maka tentukanlah untukku dan mudahkanlah dan berkati aku padanya.

Andai perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku,maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.

Ya Rahman,tentukan kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakan aku padanya.."

Amin...