pengikut smiLe

Saturday, July 23, 2011

.:: Senyum ::.

Kalau nak jadi awet muda, mesti senyum setiap hari, eh tak, setiap masa. Okay tipu, tak kan masa serius kena senyum jugak. Kalau nak hati sentiasa tenang, aman tenteram, tak kacau bilau, senang je. Jangan ada musuh! Itu paling penting, bagi aku lah :)

Kalau nak orang lain hormat kita, kita kena belajar hormat orang. Kalau nak orang lain sayang kita, kita kena belajar sayang orang. Kalau nak hidup lebih bermakna, kita kena jadikan setiap apa yang kita buat bermakna, berfikiran positif :)

Orang tak akan kacau kita kalau kita tak kacau orang kan? Orang tak kan tipu kita kalau kita tak tipu orang kan? Semuanya punca dari diri kita sendiri. Orang pernah cakap, "Apa yang kita buat, itulah orang akan buat kat kita balik"

Contoh, kalau kita buat jahat pada orang, then orang akan balas balik pada kita. Tapi, kalau kita buat baik kat orang, siapa tak suka kan? Orang tengok pun senang.. So mereka akan balas yang baik balik pada kita. Konklusinya, berbuatlah baik sesama makhluk, jangan pernah ada benci. 
:-)


Saturday, July 9, 2011

.:: cinta ::.

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Saturday, July 2, 2011

.:: kek aiskrim + coklat ::.

kek,,,coklat,,,kek,,,coklat...bukan kek coklat tapi kek dgn coklat...arini dapat kek ngan coklat spesel dari en.a...nape dapat kek nagn coklat?adakah nak celebrate 'big day' seperti kebanyakan orang,,,celebrate anniversary??haha,,,bukan...sebenarnya lama dah mintak semenjak ulangtahun en.a rasanya,,,tapi baru lah dapat tadi,,,hehe,,,seronok rasanya,,,maceh ye en.a,,,bersusah payah belikan kek aiskrim yang enak dan lazat tu,,,kalau ikutkan saiz dan kesedapan kek itu rasanya mahal,,,dengan adenye huruf -ea- smile tu,,,emmmm,,,haha,,,ape maksud disebalik huruf -ea- itu???tepuk dada tanya hati,,,rasa macam serba salah plak kat en.a,,,tapi takpela en.a cakap kalau nak pape mintak je kat die,,,hehe :))

pastu en.a bagi lagi coklat kesukaanku,,,cadbury + ferrero rocher...wahh,,,kalau selalu makan coklat boleh jadi gemuklah camni,,,tapi ye ke bole gemuk??ada banyak mitos pasal coklat ni,,,boleh gemuklah,,,boleh sakit gigilah,,,boleh tumbuh jerawatlah,,,semua itu repekan oleh orang yang tak suka makan coklat...coklat boleh mengemukkan itu hanyalah mitos jer,,,COKLAT menambahkan mood gembira adalah FAKTA...sebabnya coklat boleh menghantar reaksi positif ke kimia otak dan dapat memperbaiki mood seseorang yang kesedihan atau stress,,,campuran pelbagai bahan dalam coklat menyebabkan rasanya sangat nyaman,,, :)) dan masuk dalam jiwa,,,jadi...kalau orang yang tak suka makan coklat dia rasa kurang gembira,,,jadi...sebenarnya makan coklat itu mengembirakan bukan mengemukan,,,hehehe...maceh sekali lagi en.a kerana membuatkan diri ini gembira,,, :))
kek ini sedap,,, -ea-
coklat ini chumelll,,,