pengikut smiLe

Sunday, January 29, 2012

anugerah juara lagu...


SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.

Thursday, January 26, 2012

milik kita...


Jika sesuatu itu milik kita,
sesulit apapun jalannya,
apapun rintangannya,
pasti tetap akan menjadi milik kita..
TETAPI...
Jika sesuatu itu bukan milik kita,
walaupun mudah jalannya,
walaupun kita bersusah payah,
ingin mendapatkannya,
takkan menjadi milik kita,
kerana itu memang bukan milik kita...



Tuesday, January 24, 2012

hati seorang wanita...


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Monday, January 23, 2012

tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima...


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..
Menolong orang jangan harap balasannya..
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati..
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui..

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji..
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa..
Keluhuran hati kita akan berbahagia..

Sikit sama merasa..
Fakir jangan dilupa..
Hidup kita hanya sementara..
Manusia bersaudara..
Kasih sesama kita..
Jauhi dari bersengketa..

apa jadi pada a/k fb selepas kita mati..??


FACEBOOK OH FACEBOOK !!

mari renung-renungkan bersama...
jika satu hari nanti kita mati...
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password...
hanya kita yang boleh access...dan...

selepas kita mati...
apa yang jadi pada akaun facebook kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah...
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu...
tetapi......

sedarkah kita gambar-gambar kita...
akan terus membuatkan kita terseksa dialam kubur...?
gambar-gambar yang tidak ditutup aurat dengan sempurna
macamana nanti..?? 
lelaki anjabi terus-terusan tengok...
dalam masa yang sama,tiada siapa boleh deletkan gambar kita...
walau sudah bertahun-tahun kita mati,gambar-gambar kita terus ada...

macamana?pernah terfikir tak..?
adakah tudung singkat yang dipakai itu,akan selamatkan
kita dalam kubur nanti??
suatu hari nanti kita akan pergi buat selama-lamanya...
selama-lamanyaaa....

Sunday, January 22, 2012

senyum...

Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
                             Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah...

selamat tahun baru cina...


Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua.

tiga enam lima...


KATA orang cinta tidak mengenal siapa.Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia.Mahu bercinta...ingin dicintai – itu sudah pasti!Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!
365 hari...alhamdulillah... 

kata cinta...


 Jangan katakan CINTA melalui SMS.kerana SMS bisa DI HAPUS
Jangan katakan CINTA melalui BUNGA,kerana BUNGA bisa LAYU
  Jangan katakan CINTA melalui KERTAS,kerana KERTAS bisa DIBUANG
  Jangan katakan CINTA melalui CIUMAN,kerana CIUMAN itu DOSA
Katakanlah CINTA melalui HATI dalam ISTIQARAH cintamu pada ILAHI RABBI,
kerana hanya CINTA pada-NYA KEKAL ABADI...