pengikut smiLe

Wednesday, August 31, 2011

.:: 2 syawal + 54 tahun merdeka ::.



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!


SELAMAT MENYAMBUT RAYA MERDEKA MALAYSIA !!!

Tuesday, August 30, 2011

.:: 1 syawal ::.


salam Syawal buat semua,,,,

sempena bulan Syawal yang mulia ini izinkan saya memohon seribu ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dalam apa-apa atau mana-mana artikel penulisan saya dalam ekin smiLe.setiap manusia tidak lari dari melakukan sebarang kesilapan dalam kehidupan kita seharian oleh itu marilah sama-sama insaf dan memohon maaf pada semua.

akhir kata marilah kita merapatkan saf dan bersatulah dalam memperjuangkan tuntutan Allah swt...tolak sebarang dakyah yang sedang berusaha untuk memecah belahkan umat dan negara...

sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..

Monday, August 29, 2011

.:: tiga puluh satu ogos ::.

54 tahun malaysia merdeka

"31 Ogos bakal dtg lagi",,,
merdeka,merdeka,merdeka...laungan keramat bergema...!
lipatan sejarah tercinta MALAYSIA bebas dari jajahan segala....
wahai anak² bangsa bukalah minda,kibarkan sayapmu kita terjah! Dunia Baru...,
pupuklah semangat demi MALAYSIA negara kita tercinta......

MERDEKA!,MERDEKA!,MERDEKA!...kibarkanlah bendera Malaysia di ceruk dunia demi sebuah NEGARA MALAYSIA,
wahai anak bangsa sama²lah kita letakkan MALAYSIA dimercu DUNIA!.........

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-54

Sunday, August 28, 2011

.:: susahnya menjaga hati org lain ::.

Siapa kata menjaga hati orang itu mudah? Menjaga hati sendiri pun rasanya teramat sukar, apatah lagi menjaga hati orang yang langsung jauh dari jangkaan kita. Kita cuma manusia biasa yang punya kelemahan - tak mampu hendak menjaga hati semua orang.

Semakin kuat kita cuba menjaga hati seseorang, semakin besar pula risiko untuk kita membuat orang itu terasa hati. Disebabkan terlalu ingin menjaga hati orang lain, ada ketikanya kita terpaksa menyakitkan hati sendiri.

Kebanyakan masa tak dapat hendak menyatakan kebenaran atau pandangan kerana bimbang ada insan yang akan terasa.

Hakikatnya ditakdirkan setiap manusia itu mempunyai jiwa dan pemikiran yang unik tersendiri. Bak kata orang, rambut sama hitam hati lain-lain. Perkara yang bagi kita cuma gurauan biasa, mungkin menyakitkan hati bagi sesetengah orang. Sebab itulah selalu kita diingatkan supaya berfikir dulu sebelum berkata-kata.

Tapi melakukannya tak semudah kita bercakap. Pendek kata kalau hendak berbuat baik terasa amat susah, sedangkan hendak membuat jahat itu sangat senang pula.

Kalau terkenangkan masa lalu, aku akui memang banyak perkara yang sampai hari ini jadi sesalan. Semasa remaja dulu, kadang kala aku bertindak melulu dan tanpa sengaja menyakitkan hati orang lain - berlebih lagi kalau pada masa itu aku dalam keadaan tertekan atau lapar.

Bukanlah langsung tiada sifat sabar, tetapi sebagai manusia biasa sabar yang aku miliki selalu ada batasnya (dan terhad?). Kalau keadaan melebihi kemampuan, cepat saja nada suara akan meninggi.

Kadang kala tak semena-mena tersebut sesuatu yang menyakitkan hati bagi sesetengah orang, walaupun sebenarnya sudah cuba sedaya mungkin untuk menjaga perasaan orang lain.

Bagi mereka yang faham mungkin tidak menjadi hal. Bagi yang tak memahami, sudah tentu selepas itu tak mahu lagi bertegur sapa atau terus bermasam muka sampai bila-bila.

Apa yang tak menariknya ialah perkara-perkara sebegitu bagaikan di gam kuat dalam ingatan. Kebanyakan salah silap yang dulu masih menghantui diri sampai ke hari ini.

Agak susah untuk aku memaafkan diri sendiri terutama apabila mengingatkan yang aku seperti berhutang kemaafan dari orang-orang tertentu.

Bukan sombong tak mahu meminta maaf. Cuma ada kalanya mereka tetap enggan memaafkan sekali pun sudah berkali-kali maaf dipinta. Ada masanya aku pula tak berpeluang hendak meminta maaf kerana tak tahu di mana mereka berada. 

Saturday, August 27, 2011

.:: sekadar nasihat ::.

Hidup ini penuh dengan keinginan(nafsu)..
bagaimana kita boleh menahan ia dari bermain dalam hidup??
-bersikap sederhana dalam kehidupan
-jangan terlalu membazir
-berfikir dulu sebelum membuat pilihan
-jangan terburu-buru
dan yang paling penting ,fikir...adakah kehendak itu diizinkan dan berbaloi???

Thursday, August 25, 2011

.:: sibuk menjelang raya ::.

salam 25 Ramadan 1432H,,,,
time sibuk sangat-sangat nie,,, ^__^

sedang mau belajar membuat ini.. ^_~

Sunday, August 21, 2011

.:: keistimewaan malam lailatulqadar ::.

  Salah satu daripada keagungan,keistimewaan & kemuliaan bulan suci Ramadan ialah adanya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.Malam yang hanya muncul pada 10 malam terakhir Ramadan itu lebih dikenali dengan LAILATULQADAR,amat istimewa dan dinantikan setiap Muslimin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
      Keistimewaan lailatulqadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah SAW sewaktu baginda berada di Gua Hira'.Setelah itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat dan beransur-ansur selama 23 tahun.
      Lalaitulqadar akan muncul pada bulan Ramadan setiap tahun sebagai anugerah Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.Lailatulqadar juga bermaksud malam penentuan kerana pada malam itu mula ditentukan langkah akan ditempuh Rasul-Nya yang memberi petunjuk bagi umat manusia. Ulama' bersepakat lailatulqadar berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan namun,mereka berselisih pendapat mengenai malam yang keberapa dari 10 malam terakhir itu.Ada pendapat menyatakan lailatulqadar terjadi pada malam ke-27 Ramadan.
      Lailatulqadar kurniaan Ilahi kepada Rasulullah SAW danu umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya & rahmat-Nya yang menyeluruh.Juseru,amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu lebih baik daripada amal kebajikan dilakukan selama seribu bulan.
       Kerana keutamaan ini,Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mencari lailatulqadar.Rasulullah SAW menghidupkan malam terakhir Ramadan dengan melaksanakan iktikaf,solat tahajud,solat witir,solat terawih,membaca & tadarus al-Quran,berzikir kepada Allah dan amalan solih yang dianjurkan Islam.

Sunday, August 14, 2011

.:: padaMu aku berserah ::.

Salam rindu diangin lalu,,,,,,

Kenapa keadaan jadi macam ni ye? kenapa perlu sangat complicated.Padahal rasanya biasa-biasa saja..atau aku yang menjadikan ianya luar biasa?

penat...letih...buntu...

Rasanya perkataan tu yang sesuai kot...aku penat dah nak fikir.Aku letih nak ambil kisah pasal semua orang dan buntu untuk buat keputusan.

Entah betul atau tak keputusan yang aku buat ni...tapi rasanya dah fikirkan segala baik buruk, dah tengok semua dari sudut negatif dan positif,tapi cukup ke? entah la..hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Apa pun keputusannya, aku redha dan tabah untuk semua.Moga kekuatan ini terus bertahan selama yang boleh.Mohon Allah pinjamkan kekuatan dan ketabahan ini untuk satu tempoh yang panjang..ke akhir hayat, mungkin?

Sungguhlah yang hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa...kalau suka, sukalah jugak,kalau dah tak suka,tak sukalah rasanya.Tapi perasaan tu boleh di pupuk dan di kikis sikit-sikit kan? harap begitulah.

Kalau dah suka, berterus terang sajalah,dari terus memendam rasa yang cukup menyeksakan.Bukankah itu tak baik untuk hati sendiri? menderita dan merana di dalam tapi di luar nampak gembira dan ceria.Sampai bila mampu bertahan?

Apa juga yang berlaku, semuanya telah Allah takdirkan sejak azali.Kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik dan Allah telah memberikan kita peluang dalam hidup ini.Terpulang kepada kita untuk memilih.
Semestinya kita memilih untuk jadi yang terbaik kan? kerana kita adalah insan terpilih dan berjaya sejak dari mula lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu,aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui bahkan Engkau sangat mengetahui segala perkara ghaib..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku,maka tentukanlah untukku dan mudahkanlah dan berkati aku padanya.

Andai perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku,maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.

Ya Rahman,tentukan kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakan aku padanya.."

Amin...

Monday, August 1, 2011

.:: hari Isnin pertama ::.

niat puasa ramadan


Bermula hari ini umat Islam di seluruh negara mula menjalankan tanggungjawab mereka menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa dan sememangnya Ramadan medan untuk membuktikan kemampuan diri menahan daripada makan & minum selain mengelak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa.

Begitupun,berpuasa di bulan mulia ini bukan bererti menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yg boleh membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari semata-mata,malah pengertiannya adalah lebih daripada itu.

Umat Islam sebenarnya juga dikehendaki menahan diri daripada menipu,mengeluarkan kata2 buruk atau sia-sia serta bertengkar atau bergaduh apatah lagi puasa adalah medan latihan terbaik dalam memupuk kesabaran,kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri sekaligus menyuburkan sikap murni dalam diri seseorang.

Umat Islam seharusnya membuktikan puasa pada Ramadan tidak hanya menjurus kepada menahan diri daripada lapar & dahaga semata-mata malah berusaha menggilap kembali hati yg pudar selain melumpuhkan nafsu hitam yg bertaktha dihati selama ini akibat godaan syaitan.

Malah,sabda Rasulullah SAW," Barang siapa yg mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yg lalu"..menguatkan lagi bahawa kedatangan bulan ini penuh keberkatan & kebaikan serta tidak seharusnya dipersia-siakan umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan amalan kebaikan..