pengikut smiLe

Friday, December 16, 2011

hari Jumaat...

Sahabat,
Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Sunday, December 11, 2011

gerhana bulan...

Alhamdulillah  dapat juga tengok gerhana bulan malam tadi.Subhanallah sungguh unik ciptaan Allah swt. Walaupun semalam agak mendung,tapi aku dapat melihat gerhana bulan depan rumah je dengan dia secara live.Sumber yang aku terima dari internet mengatakan gerhana bulan penuh akan berlaku sekitar jam 8.30-10.30 malam.So,kami tengok antara jam 9 hingga 10 malam.Gerhana bulan penuh.Syukut alhamdulillah hanya itu yang mampu kami ucapkan...

Friday, December 9, 2011

jodoh dan takdir...


Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Ratu Di Jiwa
Tempat Untuk Kucurahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna

Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan

Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Kuharap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan

Kasihnya Sejati Bukannya Kerna Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan

Wednesday, December 7, 2011

kita ni kan tanah...


Hidup perlu diteruskan
Walaupun pada hakikatnya pahit kerana persepsi manusia
Sekiranya aku menjengkelkan kehidupan kamu
Dengan rasa rendah diri aku pohon maaf..
Diri tak sesempurna kamu
Yang sentiasa indah dan bahagia

Halalkan makan dan minum ku
sekiranya aku ada menggunakan hasil kamu
Mintalah dariku
sekiranya kau mahu
Tak perlu dicoret coret
Berlaku jujur lah dengan ku
sekiranya ada ketidakpuasan hati dalam diri
Aku pun manusia
Kesilapan sering terlepas pandang

Terpulanglah pada mata kaca kamu
yang menilai diri orang lain
Sebaiknya aku diam dan membawa diri
jauh dari kau..kau... dan kau...

Saturday, December 3, 2011

beruntungnya seorang wanita yg ada rahim..

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan  
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 90 hari.Cuti ini bukan cuti suka  hati
tapi,  cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada  cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah   sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

Marilah kita pegang kepada tali Allah.  
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..  
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh  
 kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. 

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak  
derhaka denganNYA........ 

ombak rindu...


Adaptasi dari sebuah novel terlaris di Malaysia.

disember yang sibuk...

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk menarik nafas di bumi bertuah nie.Hari ni dah pun 3 Disember,sekejap betul masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun.Tinggal beberapa hari jer muncul tahun 2012..masih banyak urusan yang perlu diuruskan begitu juga dengan urusan seharian dirumah.Bulan Disember nie dah pasti bulan yang sibuk untuk kami sekeluarga...