pengikut smiLe

Thursday, January 2, 2014

Tekanan Kerja

How To Deal With Stress In Work Place?
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan kerja?
Tekanan kerja berlaku apabila pihak majikan atau atasan anda memerlukan anda melakukan sesuatu kerja dengan kadar yang segera and need you to perform well.Sememangnya tidak dinafikan anda boleh melakukannya seorang diri tetapi apabila melibatkan "kerjasama berpasukan" here where work stress comes.Maksudnya di sini adalah walaupun anda seorang graduate dan bijak tetapi apabila rakan-rakan sekerja anda melakukan kesilapan di sini ijazah atau diploma anda "useless".
Dan inilah yang menambahkan stress dan ditambah lagi ada rakan sekerja anda yang tidak mahu bekerjasama.Therefore tips untuk mengatasi masalah ini adalah kenal pasti punca masalah dan apabila majikan anda tanya anda why this happen?You just answer rakan sekerja anda tidak perform by the way telling the truth adalah prinsip terpenting dalam bekerja jangan "backup" rakan anda yang malas dan tidak boleh perform sebab anda akan turut menjadi mangsa keadaan working stress ini...

Kerja Adalah Tanggungjawab

Bekerja adalah sebenarnya tanggungjawab.Bagi anda yang suka tanggungjawab pasti akan mengerti apa yang saya maksudkan dengan bertanggungjawab dengan kerja seharian.Kerja sama dengan wang dan wang sama dengan kerja misalnya,katakan anda tidak bekerja atau sedang mengganggur anda tidak mendapat apa-apa namun sekiranya anda bekerja anda mendapat wang.
Sekali lagi apa kaitan dengan tangggungjawab?Ya,tanggungjawab adalah wang. Faktor utama saya mengatakan sedemikian kerana apabila anda bertanggungjawab dengan kerja anda bermakna setiap bulan anda akan mendapat gaji.Oleh itu adalah sangat penting bagi anda bertangggungjawab dengan kerja anda dan jangan kerja sambil lewa atau asal bekerja dan tidak mempedulikan untuk bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku...

Kerja Lagi

Suka bekerja??
Pastinya jawapannya suka,tidak atau bergantung?Tips kerja dari saya adalah cuba anda bekerja dengan mempunyai perasaan suka dengan kerja.Saya pasti anda akan akhirnya suka dengan kerja walaupun anda tidak suka.
Pada masa sekarang jujur saya katakan adalah amat sukar untuk mencari kerja tidak kiralah anda mempunyai sijil atau diploma atau ijazah sekali pun adalah sukar untuk mendapat kerja yang anda inginkan.Sebabnya persaingan dalam sektor pekerjaan pada masa sekarang adalah sangat sengit dan ditambah lagi dengan masalah ekonomi.
Oleh itu pasti ramai yang mengekalkan kerja yang dia ada sekarang sebab dia tahu bahawa untuk resign adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akan memudaratkan masa depannya. Apa yang ingin saya katakan selagi bidang kerja yang anda lakukan ketika ini berbaloi mengapa tidak teruskan saja?

Kerja

Bagi warga kerja yang sudah bertahun-tahun bekerja pastinya letih dan mungkin ingin "bercuti panjang" namun mungkin masih awal ke arah usia persaraan.Pastinya gaji anda juga meningkat dari tahun ke tahun namun persoalannya adalah bekerja pada masa yang lama akan menyebabkan anda penat dan bosan dengan kerja anda.Dan pastinya ada yang ingin menukar kerja?Namun apa yang pasti adalah misalnya,saya sudah bekerja dengan sebuah syarikat swasta untuk bertahun-tahun lamanya dan inilah perasaan yang alami.Apakah rahsianya untuk mengekalkan kerja sehingga hari ini?Ya,pastinya anda perlu konsisten dengan kerja anda,serius dengan kerja anda,bekerja dengan hati yang gembira dan anggaplah kerja itu sementara dan bekerjalah selagi mampu.Dan yang paling penting kumpul wang yang banyak untuk masa depan mana tahu anda boleh membuka perniagaan sendiri dan habiskan masa dengan kebebasan masa..

Wednesday, January 1, 2014

3 Hari

Hidup ini ibarat 3 hari..
Semalam adalah pengalaman kita..
Hari ini adalah perancangan kita..
Esok hanya menantikan jawapannya...

Jom Senyum

Maksud yang tersirat di sebalik senyum


"senyum" ringan tak bersuara tapi, penuh makna...
"senyum" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit...
"senyum tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya...
"senyum" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah...
"senyum" 1 hal yang biasa tapi, boleh jadi special...
"senyum" ibadah yang paling mudah tapi, berpahala setara dengan sedekah..


Selamat Datang 2014

Tiada kata seindah lantunan syair..
Tiada mutiara secantik bidadari..
Tapi hari ini melebihi dari hari sebelumnya..
Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata..
SELAMAT TAHUN BARU 2014...