pengikut smiLe

Thursday, March 31, 2011

.:: Allah mengetahui apa terbaik utk kita ::.

Menangis air mata darah sekali pun *ayat typical* benda dah nak jadi :'(
tanya diri sendiri adakah kau layak menerima ini?
dugaanNya datang bertimpa timpa...

Tetapi kenapa mesti aku?
mulalah kau nak salahkan takdir...
mulalah bermonolog "kenapa harus aku yang selalu diuji begini? kenapa? 
sambil air rintihan mengalir tapi bukan di mata namun di hati...

Tapi kenapa bukan di mata?
kerana kau sudah alah bisa tegar biasa...tak gitu..?? 
kau sudah kalis dengan semua ini...
nak merintih pun hanyalah di hati...
tak terucap kerana sudah diuji berulang kali...
Adakah kau putus asa? :'(
ingat !! ingat !!
Allah takkan menguji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menggalas beban ujian ini...

Arghhhhh! baruku sedar diri ini sangat berdosa...
kalau dilihat bahu sebelah kiri sudah senget sebelah sehingga mahu menyembah bumi...
kerana apa..??kerana dosa yang terlalu banyak...


May ALLAH forgive me.

1 comment:

Anonymous said...

Allah always be with u....